Kesempatan
menuntut di Sekolah Pengajian Seni UMS, memberikan pelbagai ilmu yang selama
ini tidak mendapat perhatian oleh orang ramai. Tidak ramai yang mempunyai
kesempatan belajar asas seni tari secara formal di dalam kelas. Tidak ramai juga
yang mampu berbicara tentang tarian dan signifikannya dengan kehidupan
sehari-hari. Yang biasa kita dengari jika disebut pasal tarian ialah tarian
untuk suka-suka dan hiburan semata-mata. Tidak lebih dari itu. Stereotaip
tentang tarian sudah sebati dalam mentaliti masyarakat pada hari ini. Jika kita
lihat budaya kesenian masyarakat melayu pada masa dahulu, kebudayaan mereka
sangat rapat dengan nilai spiritual mereka. Gerak tari yang ditarikan mempunyai
kaitan dengan adat dan sifat masyarakat yang mementingkan kesopanan dan
kelembutan. Contoh tarian yang dalam hal ini ialah tarian joget dan tarian
inang. Salah satu persoalan ialah mengapakah terdapat perbezaan pergerakan
tarian yang ditarikan oleh penari lelaki dan penari wanita.
Pak Su ; sebelah kanan, baju kelabu (Suhaimi Magi - Sarjana Tari Nusantara) |
Wanita
juga mempunyai nilai yang lebih tinggi dari lelaki, tidak seperti di negara
barat lain yang menganggap wanita lebih rendah dari lelaki. Kesenian melayu
sangat menerima wanita dalam masyarakat sebagai kaum yang harus disanjung
misalnya ibu. Tidak ada masalah wanita untuk turut serta dalam tarian
tradisional. Wanita di Barat ironinya menerima
perlakuan kasar dan penindasan selama bertahun-tahun. Barat bersikap ifrat atau
tafrit (ekstrim kanan atau ekstrim kiri) mengenai kedudukan wanita di tengah
masyarakat. Kajian sejarah falsafah Barat di era kuno, abad pertengahan dan
Renaissance, menunjukkan bahwa wanita adalah sebuah makhluk yang hina, patuh
mutlak pada laki-laki dan wajib untuk mengabdi kepada kaum lelaki serta
menangani urusan-urusan rumah tangga. Dengan kata lain, wanita sama seperti
seorang pembantu yang mengurusi pekerjaan rumah. Pada era Renaissance, kondisi
wanita juga tidak mengalami banyak perubahan. Pada masa itu, kaum wanita – selain
wanita bangsawan – apabila sudah mengenakan baju pengantin, mereka sudah harus
siap untuk memikul beban berat dalam mengatur pekerjaan rumah dan melakukan
tugas-tugas yang mengerah keringat. Mereka akan bergelut dengan
pekerjaan-pekerjaan berat hingga akhir hayat, tanpa memperoleh hak-haknya. Jelas
masyarakat melayu asli mempunyai perimeter yang tersendiri dalam meletakkan
wanita dalam masyarakat.
Kesimpulannya,
mempelajari ilmu seni tari bukanlah hanya untuk persembahan semata-mata. Ianya lebih
dari itu. Semua pihak harus berkerjasama dalam mengubah mentaliti masyarakat
akan nasib seni tari yang harus dipelajari dan dipertahankan turun temurun. Institusi
pengajian tinggi seperti Sekolah Pengajian Seni (SPS) harus memahami semula
peranan mereka yang berfungsi sebagai pengkaji kesenian.
:: Fariest ::
How to win at casino and why it's a better game
BalasPadamCasino Types. 1. Basic rules of playing 밀양 출장샵 games; 2. Basic rules of 성남 출장샵 gambling games; 김제 출장마사지 3. Basic rules of 양주 출장안마 gambling games; 4. Basic rules of 구미 출장마사지