Dikuasakan oleh Blogger.

Siswa@UMS

Uraian Cinta

Cinta tu makhluk Tuhan
Tiada dikenal
melainkan dirasakan
Tiada citra yang terindah
andai dilukis dengan segala warna
tiada sastera 

Cinta itu mendinginkan
berembun mentitis pada dinding hati
keruh berkelodak di lopak air
mengalir jernih di muara

dari akar mekar Cinta
menguatkan dahan kejujuran
bersama rimbunan daun kasih
dari akar juga mekar cinta
pohon gembira melambai
dari daun Cinta Pencipta
ada dingin di setiap nafas yang terhela

Cinta
meskipun lidah telah mampu kita uraikan
dijelaskan dengan panjang lebar
namun tanpa lidah ternyata cinta lebih mudah difahami

-farieast




SELASA, 17 DISEMBER – 18 buah filem pendek hasil kreativiti pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang ditayangkan di Theatrette Ahmad Nesfu, Sekolah Pengajian Seni (SPS) bermula kelmarin dan berakhir pada malam ini sempena Festival Skrin Digital Pelajar (FSDP).

12 buah filem tersebut dihasilkan oleh pelajar SPS dan selebihnya dari Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL), UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL).
  
Menurut jurucakap penganjur, M Fazmi Hisham, semua filem yang ditayangkan akan dipertandingkan dan sebanyak 13 anugerah telah disediakan pihak penganjur.

“FSDP merupakan acara yang mempertandingkan filem pendek yang dihasilkan oleh pelajar UMS sepanjang semester ini. Penganjuran dan anugerah yang ditawarkan dapat membangkitkan semangat pelajar UMS untuk terus berkarya serta menghasilkan filem yang memaparkan ciri-ciri budaya masyarakat dengan menggabungjalinkan kemajuan teknologi yang sedia ada,” katanya ketika ditemui Media Canselori kelmarin.

Menurut beliau, acara kemuncak iaitu malam penyampaian anugerah akan diadakan pada hari Rabu, 18 November 2013 pukul 7.00 malam di Theatrette Ahmad Nesfu, SPS.

Kepada peminat filem, jangan lepaskan peluang menonton filem-filem yang sarat dengan tema kemasyarakatan dan penggunaan kesan khas yang sangat menarik. -CD

Bahagian Media
Jabatan Canselori










SELASA, 17 DISEMBER – Tayangan filem pendek produksi pelajar menerima kunjungan istimewa daripada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah bertempat di Theatrette Ahmad Nesfu, Sekolah Pengajian Seni (SPS) petang ini.
Sepanjang 30 minit berada di SPS, beliau berkesempatan beramah mesra dengan pelajar yang terlibat dalam Festival Skrin Digital Pelajar (FSDP) dan menonton trailer filem yang dihasilkan pelajar.
Beliau memuji penganjuran festival ini kerana hasil daripada pembelajaran teori yang diperoleh di dalam kuliah, produknya boleh ditonton dan dikongsi dengan audiens.
Menurut pensyarah SPS, Adley Bromeo Bianus, kunjungan Datuk Harun ke tayangan FSDP membuktikan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada Naib Canselor UMS, bukan sahaja dengan penganjuran festival ini, bahkan keupayaan pelajar menghasilkan filem pendek yang bermutu.
“Para pelajar diasah kemahiran mereka bermula daripada pembinaan skrip, produksi, pos produksi seterusnya membuat pemasaran sendiri bagi filem yang mereka hasilkan. Pujian yang diberikan terhadap filem-filem yang dihasilkan pelajar oleh Datuk Harun memberikan motivasi dan inspirasi kepada pelajar yang terlibat,” kata beliau ketika ditemui Media Canselori.
Tambah beliau lagi, semua filem pendek yang ditayangkan sepanjang dua hari bermula kelmarin dan berakhir hari ini dipertandingkan bagi merebut beberapa anugerah yang ditawarkan. -CD-
 
Bahagian Media
Jabatan Canselori










KHAMIS, 19 DISEMBER - Program Apreasiasi Naskhah bukti kemampuan Kelab Rakan Sastera Mahasiswa (KARMA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam melahirkan pelajar yang mahir  dan berkualiti dalam persembahan seni yang menggabungkan kreativiti penulisan, teater, tarian, muzik, visual dalam persembahan seni.
 
Pensyarah Sekolah Pengajian Seni Lokman Abdul Samad berkata, kemampuan kelab KARMA dalam mengendalikan program ini bukan hanya berjaya diperingkat universiti sahaja malah ia pasti akan mampu beraksi di luar sana demi kepentingan masyarakat untuk mendekati KARMA sebagai platform ilmu sastera dan seni.
 
“KARMA merupakan pertubuhan yang aktif di Sekolah Pengajian Seni yang banyak melakukan perubahan dan pembaharuan dalam mempertingkatkan mutu seni negara. Ahli tetapnya adalah daripada pelajar major penulisan dan juga penyertaan dari sekolah lain yang berminat dalam sastera.”
 
“Program ini berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam setiap kumpulan yang mempersembahkan bakat yang mereka ada.  Komitmen dalam mata pelajaran yang mereka ambil dalam major penulisan bukan penghalang bagi mereka untuk menguasai seni persembahan,” katanya pada Program Malam Apresiasi Naskhah Di Theatrette Ahmad Nisfu, baru-baru ini.
 
Lokman berkata, perkembangan ini membuktikan bahawa mata pelajaran penulisan bukan hanya berfokus pada aktiviti penulisan sahaja, tetapi ia meliputi semua bidang seni yang mereka pelajari di Sekolah Pengajian Seni.
“Dalam program persembahan apreasiasi naskhah ini membuktikan KARMA sebagai platform yang amat penting bagi menyatukan pelajar seni kreatif dibawah program major penulisan untuk memperkembangkan bakat yang mereka ada meskipun mereka di bawah major penulisan,” jelasnya.
 
Program Apresiasi Naskhah KARMA UMS merupakan salah satu inisiatif kumpulan pelajar dalam menyatukan golongan pengamal seni, selain menarik perhatian agensi kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menjalinkan kerjasama erat dengan dalam melaksanakan program berkaitan kemasyarakatan. 


Sumber: Jasman Bandar, SPS

Bahagian Media
Jabatan Canselori










FRIDAY, 20 DECEMBER – Student Digital Screen Festival (FSDP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) which ended last night saw ‘Tanduo’ captured 6 awards including Best Film.

The movie ‘Tanduo’ which centred on the struggles of young children defending their village from the attack of intruders clinched the award for Best Visual Special Effects, Best Sound, Best Screenplay and Best Original Story, Audience Choice and Best Director.

“I am happy,” said Mohd Sopi, director and producer of the film ‘Tanduo’ who is also a third year student of Visual Art Technology Programme, School of Arts (SPS), UMS when met by Chancellery media.

“It took three months for me and 11 members of the production team to complete the film with many challenges such as budget, time, weather and lack of equipment,” he said.

He added that the idea of producing this 18 minute film initiated from the intrusion on Lahad Datu, Sabah that occurred earlier this year and that idea was translated into visual form which was well received by the audience as well as the panel of jury.

“I am fortunate and grateful to our lecturers who always give comments, criticism and advice throughout the making of this film,” said the winner who will be producing a sequel to ‘Tanduo’ in the near future.

According to the Festival Coordinator, M Fazmi Hisham, the organising of the event was to recognise the creativity and film production of UMS students.

“Besides recognition, students would be able to showcase and share their film production with students and audience through FSDP,” he added.

He further informed that the feedback from audience and viewers was to have FSDP open its doors to Public and Private Higher Learning Institutions in Sabah so as to have a healthy competition with the hope that it would produce better quality films.

The first of its kind, FSDP which offered 14 awards up for grabs received a total of 18 entries altogether, produced by students of SPS including entries from students of Labuan School of Informatics Science (SSIL), Labuan International Campus UMS.

Assistant Director of FINAS Industrial Training Unit, Zainuddin Aman officiated the FSDP award ceremony and also presented prizes to winners.

Also present was the Dean of SPS, Assoc. Prof. Abdul Jamal Abd. Hamid, Deputy Dean (Student Affairs), Dr. Zairul Anuar Md Dawam and lecturers from SPS, who also presented some of the prizes to the winners. – CD



Media Division
Chancellery Department

Tiada ulasan:

 

Blogger news

Blogroll