Sepanggar :
Alhamdulillah, UMS selangkah lagi ke hadapan. Sejajar dengan perkembangan
teknologi terkini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melancarkan aplikasi
mudah alih yang boleh dimuat turun oleh semua pengguna gadjet pintar android
hari ini. Pelancaran aplikasi tersebut juga sebagai usaha untuk memenuhi
objektif Bidang Keberhasilan Utama Universiti (UMS-KRA) yang ke-4 iaitu
memperkukuh tadbir urus, kepimpinan dan sistem penyampaian. Majlis
pelancarannya telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd.
Harun Abdullah selepas Majlis Perhimpunan Jabatan Canselori di Galeri Majlis
universiti eko-kampus itu. Aplikasi tersebut yang dihasilkan melalui inisiatif
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) boleh diakses melalui jalur
lebar tanpa wayar (Wi-Fi) atau mobile data. dengan adanya kemudahan seperti
ini, akan mengurangkan lagi beban para siswa/i untuk memuat turun apa-apa tanpa
perlu menghadirkan diri ke Megalab. Dengan hanya menggunakan Android sahaja,
segala macam maklumat akann dapat diperolehi dan dimuat turun secara mudah.
:: Hariadi Haripai ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan