Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 25 November 2013

"UMS PRINT” SUNTIK SEMANGAT BELIA


Antara Belia 1Malaysia yang turut menjayakan Program :)
Tenom : Pada tanggal 22 hingga 23 bulan November 2013 baru-baru ini,  telah berlangsungnya satu program yang dinamakan Program “UMS PRINT” iaitu Gotong Royong Belia 1Malaysia anjuran Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMSm, sebuah badan induk kokurikulum yang melibatkan seramai lebih daripada 100 orang pelajar di bawah subjek Kokurikulum Tarian Sabah dan Tarian Rakyat. Program ini telah melakukan kerja amal untuk membersihkan Pusat Kebudayaan Murut Tenom (PKMT).


Tujuan program ini diadakan adalah untuk memastikan para pelajar menghargai khazanah alam serta menerokai dan merungkai salah satu etnik yang mempunyai banyak keistimewaanya. Selain itu, mahasiswa juga memperolehi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan terutamanya mahasiswa daripada semenanjung. Seterusnya, objektif program ini juga adalah untuk melahirkan bangsa yang sedar akan kepentingn alam sekitar ataupun ekologi serta memupuk perpaduan dan kerjasama dalam kumpulan.

Pelbagai pihak juga terlibat dalam melaksanakan Program ini, antaranya ialah Ahli-ahli Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Tenom iaitu Encik Safrizan, Ahli Kenamaan Daerah Tenom serta pensyarah iaitu Cik Marleena Jaafar@James,Encik Suhairin bin Abd.Kadir, dan Encik Mosimar Bin Abu Bakar. Selama program ini berlangsung, semua pelajar ditempatkan di “Homestay” yang telah disediakan. Bilik yang disediakan cukup menempatkan kesemua mahasiswa malah lebih selesa kerana lengkap dengan keperluan seperti tilam, bantal, cadar dan tandas.

Bagi diri saya sendiri, program ini bukan sahaja dilakukan untuk membantu membersihkan Pusat Kebudayaan Rumah Murut dan memulihara khazanah Negara, malah membantu para mahasiswa dan mahasiswi untuk belajar dan memahami dengan lebih mendalam lagi tentang budaya kaum Murut. Di samping itu, program ini juga membantu para masyarakat tempatan untuk memupuk semangat menjaga kebersihan alam sekitar dan mengeratkan lagi hubungan antara sesama sendiri.


:: ROSNANI::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll