Senyumanmu,
Lembut
bagaikan bayu yang bertiup,
Selalu
menyejukkan hati ,tiap mata yang memandangmu,
Raut
Wajahmu menenangkan jiwa dan menjadikan aku selalu rindu .
Nafasku,
Bagaikan
berhenti berdenyut,
Setiap
kali aku terpandang matamu yang redup,
Tatkala
aku bertemu denganmu, pasti aku tidak dapat berbicara lama denganmu,
Kerana
jiwaku bagaikan terkena panahan cinta.
Kehadiranmu
mulai mewarnai hidupku,
Perasaanku
ditumbuhi jalur-jalur semangat,
Hatiku
yang dahulunya keras bagaikan batu kini bertukar lembut umpama baldu,
Siulan
burung-burung dan rama-rama yang berterbangan saban hari,
Seolah-olah
bersetuju menyatukan kita.
Namun,
Dikala
aku berasa bahawa dunia milik kita berdua,
Kadangkala
aku sedih juga,
Kerana,
Kau
telah berpunya dan kita tidak mungkin dapat bersama.
:: ROSNANI::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan