FILEM BALADA PENCINTA
Balada Pencinta merupakan satu filem yang memaparkan kisah sebuah cinta yang bersulamkan kisah suka dan duka yang dialami oleh seorang pemuzik jalanan. Saya telah menonton Filem Balada Pencinta yang dilakonkan oleh Johan Asa’ari dan Siti Saleha. Bagi diri saya filem ini memberikan banyak pengajaran dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Filem Balada Pencinta dibawah arahan Khir Rahman yang juga merupakan seorang pelakon berbakat besar dalam industri perfileman tanah air.
Filem yang berkonsepkan Cinta ini sarat dengan aksi romantic dan pelbagai perasaan lagi yang menyentuh perasaan.Johan Asa’ari yang membawa watak sebagai Amir menjadi tonggak utama kelancaran keseluruhan cerita dan dibantu oleh Siti Saleha yang memegang watak sebagai Aisyah menjadikan gandingan kedua-dua pelakon mantap ini menghidupkan lagi jalan cerita filem ini. Amir yang merupakan seorang gangster, telah berhenti daripada melakukan hal-hal yang menjurus kepada kejahatan.
Apabila Amir berhenti daripada aktiviti hitamnya, Amir memutuskan untuk sekadar menjadi pemuzik jalanan. Masyarakat berminat dengan keunikan suara yang dimilikinya termasuklah teman serumahnya iaitu Azhan Rani yang memegang watak sebagai Abang. Amir mencuba untuk menjalani kehidupan yang serba sederhana untuk memulakan kehidupan baru, Amir berkenalan dengan seorang Wanita yang bernama Aisyah.Kemuculan watak Anuar atau Boy yang dilakonkan oleh Sein (Ruffedge), menimbulkan keraguan di hati Amir dan timbul lah pelbagai konflik yang menyebabkan , cinta Amir dan Aisyah goyah. Boy memfitnah Amir dengan mengatakan Amir seorang Kaki gangster dan telah menculik Aisyah.
Akhirnya, Amir dan Aisyah tetap bersama dengan kebenaran yang telah terbongkar. Boy pula telah mati dalam perlawanan mereka. Pelakon-pelakon lain yang turut berlakon dalam file mini seperti Miera Lieyana, Ngasrizal Ngasri (Bell),Dato Jalalludin Hasan, Dian P.Ramlee dan menjadikan file mini sangat memberikan kesan yang terbaik di hati penonton.Lagu-lagu dalam Filem Balada Pencinta ini juga membantu dan membawa penonton dalam menghayati bait-bait kata yang diungkapkan oleh pelakon.
Antara lagu yang membantu menjayakan lagi filem ini ialah Anak Kampung lagu asal Jimmy Palikat, lagu Penakut nyanyian Yuna dan banyak lagi. Keseluruhan jalan cerita untuk filem ini sangat menarik dan sesungguhnya sarat dengan pelbagai kejujuran daripada kejadian daripada dunia realiti. Filem ini sangat berbeza daripada filem melayu yang lain serta idea untuk file mini sangat kreatif dan padat. Saya sangat mengesyorkan agar lebih banyak penonton menonton filem ini dan akhirnya berjaya mendapat kutipan seperti yang diharapkan. Sokonglah filem Malaysia!
::: ROSNANI GANI :::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan