AHAD 10 NOVEMBER 2013 : Negara kita Malaysia dikejutkan dengan penerimaan khabar berita iaitu keluarga
arwah Puan Norazita Abu Talib, 37 tahun mendapat sinar baharu dan berpuas hati,
selepas penangkapan pengawal keselamatan yang bertanggungjawab dalam rompakan
dan pembunuhan di AMBANK cawangan Subang Jaya pada 23 Oktober lepas setelah hampir tiga minggu tragedi hitam
tersebut berlaku.
Perkara ini telah mendapat kesahihan
daripada Tan Sri Khalid Abu Bakar iaitu Ketua Polis Negara melalui laman
Twitter beliau. Beliau mengucapakan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit
Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu. Ini
membuktikan lagi tentang penangkapan suspek tersebut semalam.
Selepas 19 hari bersembunyi di
beberapa rumah dan bangunan kosong sekitar Johor, pegawal keselamatan tersebut
berjaya ditangkap sebelum berjaya meloloskan diri ke Indonnesia. Suspek lelaki
ini yang dipercayai menggunakan nama Ardi Hamza, dipercayai berasal dari
Sulawesi, Indonesia itu menaiki pengangkutan awam seperti teksi dan bas untuk
keluar dari Lembah Klang ke Johor, selepas kejadian pada 23 Oktober lalu.
Lokasi
persembunyian suspek tidak jauh dari perairan Johor yang diketahuinya ada
beberapa laluan tikus yang digunakan sindiket untuk menyeludup keluar asing
tanpa dokumen sah ke perairan Jawa
Barat, Indonesia
Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang
itu, mangsa Norazita Abu Talib, maut ditembak oleh suspek semasa beliau membuka
peti ais di dalam bilik kebal bank tersebut, beliau bersam-sama dengan seorang
lagi pegawai wanita ditemani dengan suspek kejadian yang membunuh mangsa.
Mangsa seorang wanita yang telah
berkerja selama 16 tahun di bank
tersebut, meninggal di tempat kejadian susulan kecederaan yang parah di
bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek pada 23 Oktober
lepas. Suspek kemudian melarikan diri dengan sejumlah wang sebanyak RM 450, 000
dari bilik kebal itu.
Rakaman video selama 32 saat, yang
dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di
laman sosial ekoran kejadian tersebut.Hal ini dinasihatkan agar orang ramai
peka dengan keadaan sekeliling terutamanya golongan wanita.
::
ROSNANI ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan