JUMAAT, 01 NOVEMBER 2013 – Pilihan Raya Kampus (UMS) telah berjalan dengan lancar sama ada di kampus induk (UMSKK), Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Sekolah Pertanian Lestari (SPL) tanpa sebarang gangguan ataupun kekecohan.
Pengundian bermula seawal 8.05 pagi sehingga 5.05 petang. Menyaksikan pertembungan 20 muka baru yang berjuang untuk mendapatkan 10 kerusi yang dipertandingkan sebagai calon umum. Pengundian ini Merangkumi 7 kerusi di UMSKK 2 kerusi UMSKAL dan satu kerusi untuk SPL.
Pelajar tahun ke-3 Program Kusahawanan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) iaitu saudari Nurafizah Ahmad Marif mengungguli calon umum yang lain dengan undian sebanyak 2150 undi. Diikuti dengan Saripuddin Mappiasi (1946), Shelly Arba’ani (1695), dan Wong Tyan Tzu (1692).
Empat calon yang lain ialah Fandyi Sanizan Jurup (1680) Nurlina Arappe (1573), Noorhazana Samsuddin (1482). Manakala 2 kerusi calon umum UMSKAL pula telah diisi oleh saudara Md. Najib Rubin dan saudari Siti Zulaikha Meseri dan ironinya bagi saudara Anwar Tawe yang menang tanpa bertanding untuk satu kerusi SPL.
Sebanyak 28 kerusi dipertandingkan untuk calon sekolah yang mana sebanyak 2 kerusi untuk setiap sekolah dan sebanyak 5 sekolah telah menang tanpa bertanding. Selolah tersebut ialah Sekolah Pengajian Seni (SPS),Sekolah Makanan dan Pemakanan (SSMP), Sekolah Pertanian Lestari (SPL), Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa (SPTA), dan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (SKTM). Tiada kelibat calon dari Sekolah Perubatan (SPU) dan Pusat Pengajian Pascasiswazah (PSA).
Keputusan diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Hj Kasim Md Mansur, turut mengumumkan adalah Timbalan Naib Cancelor Penyelidikan dan Inovasi, Prog Dr. Shahril Yusof dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof. Dr. Shariff A.K. Omang Al-Haj. Setakat ini tiada statistik rasmi PRK yang dikeluarkan oleh pihak Universiti. Maklumat keputusan PRK UMS hanya dapat dirujuk melalui laman web rasmi, http://www.ums.edu.my/.
Calon berjuang berkempen untuk dirinya sendiri menjadi pilihan mahasiswa dan berjuang atas pentas politik kampus demi bersuara untuk menjaga kebajikan mahasiswa. Namun perlu diingatkan bahawa pilihan raya kampus bukanlah gelanggang mahasiswa menyerlah sikap yang tidak mencerminkan kemahasiswaan sebaliknya medan bagi menunjukkan kematangan diri dalam berpolitik.
Politik yang sihat dan terserlah kemahasiswaannya ialah apabila dua seteru dalam dua parti politik kampus yang membawa ideologi berbeza, tapi dalam masa yang sama apabila berjumpa, umpama sahabat karib yang saling menghormati. Bukannya melihat seterunya itu sebagai musuh yang cuba untuk menggugat dan menjahanamkannya. Lihatlah tatkala Obama dan John Mccain bertemu semasa pilihan raya Amerika 2012.
::: HARIADI BIN HARIPAI :::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan