Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 30 November 2013

8th BAMBOO MUSIC FESTIVAL 2013 MERIAH

Tamparuli : Festival Muzik Bambu Tamparuli yang bertemakan memelihara, mempromosi, dan memperkasa muzik tradisional bambu mendapat sambutan meriah daripada penduduk setempat sekitar kota kinabalu. Acara tersebut berlangsung pada 27 November 2013 baru-baru ni bertempat di Dewan Masyarakat Tun Hamdan.

Acara tahunan tersebut pada kali ini sangat meriah kerana mendapat lebih daripada 50 peryertaan dari Kota Kinabalu, Kota Marudu, dan beberapa tempat yang lain. Hinggakan penganjur terpaksa membuat saringan sebelum 20 kumpulan beraksi di pentas akhir. Setiap kumpulan mempunyai kekuatan yang tersendiri sama ada dari segi nyanyian, permainan alat muzik, dan persembahan. Turut menarik perhatian apabila acara pertandingan individu dipertandingkan pada tahun ini. 

Menurut presiden Orkestra Muzik Bambu Kinabalu (OMBAK) yang juga pengerusi Festival Muzik Bambu, Jane Thing, "sama seperti tahun-tahun sebelumnya terdapat banyak aktiviti berbentuk pertandingan, pertunjukkan, dan pemeran telah diadakan di sekitar lokasi sambutan. Di dalam dewan pula menyaksikan hiburan persembahan orkestra atau kumpulan muzik bambu dari segenap pelosok  negeri sabah, dengan kepelbagaian alat muzik bambu mereka sendiri," kataya.

Festival Muzik Bambu juga agak istimewa pada tahun ini kerana diserikan dengan persembahan khas seperti Kumpulan Perangkat Gamelan UMS 2013, di bawah En. Roslee Haji Wahid dan juga persembahan Beat Boxing.

Acara seperti ini seharusnya diuar-uarkan kepada masyarakat di seluruh negeri mahupun luar  negara kerana ianya mempuyai potensi besar untuk disenaraikan dalam kalendar pelancongan negara. Cuma usaha untuk menjenamakan semula atau 'rebranding' festival ini adalah perlu sebagai salah satu usaha mendapat perhatian umum agar ianya turut dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan festival yang sudah gah di rantau ini seperti JB Arts Festival. Semua pihak haruslah berkerjasama dalam mengangkat seni tradisi masyarakat ini.

Turut hadir ialah wakil Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun dan para pemimpin rakyat yang lain.



:: Fariest ::

Isnin, 25 November 2013

"UMS PRINT” SUNTIK SEMANGAT BELIA


Antara Belia 1Malaysia yang turut menjayakan Program :)
Tenom : Pada tanggal 22 hingga 23 bulan November 2013 baru-baru ini,  telah berlangsungnya satu program yang dinamakan Program “UMS PRINT” iaitu Gotong Royong Belia 1Malaysia anjuran Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMSm, sebuah badan induk kokurikulum yang melibatkan seramai lebih daripada 100 orang pelajar di bawah subjek Kokurikulum Tarian Sabah dan Tarian Rakyat. Program ini telah melakukan kerja amal untuk membersihkan Pusat Kebudayaan Murut Tenom (PKMT).

Rabu, 20 November 2013

WANITA HAMIL

FAKTA TENTANG WANITA HAMIL!!! Tahukah anda, semasa ibu hamil, perutnya akan mengembang 500kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 DEL. 

Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 DEL yang bersamaan dengan 20 tulang patah serentak. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa yang lalu bagi wanita itu. Ibu bersalin akan dapat pahala 70tahun solat dan puasa.

Setiap kesakitan pada uratnya, Allah hadiahkan pahala menunaikan haji. Sakit kan? Jangan sesekali jadi anak derhaka. Fakta ini penting kerana suatu hari nanti kita akan menjadi ibu malah yang lelaki pasti akan beristeri. Oleh itu, hargailah ibu anda, selagi beliau ada didunia ini LOVE U SO MUCH MOM....!!!


Sekadar gambar hiasan-Irma Hasmie :)

::ROSNANI::

UMS BERGADANG LAGI


Katalog tamu Gadang ke -15
Tahun ini, tamu gadang yang ke-15 telah bermula pada hari ini iaitu tanggal 21 November bersamaan hari Khamis, sehinggalah 25 November 2013. Pelbagai acara turut diadakan untuk memeriahkan tamu gadang tahun ini. Orang ramai juga dijemput hadir untuk memeriahkan program.Tamu gadang merupakan salah satu pesta yang meraikan acara kemuncak konvokesyen Universiti Malaysia Sabah.

Acara ini diadakan setiap tahun untuk mengalu-alukan orang ramai menghadiri dan meraikan pelajar-pelajar yang berkonvo. Tamu gadang juga dikenali sebagai tamu besar-besaran. Apabila tiba musim tamu gadang pasti banyak gerai yang menjual pelbagai jenis barangan. Antaranya ialah makanan, pakaian, aksesori, cenderamata, dan sebagainya.

GAZA TERUS BERDARAH 

 20 NOVEMBER 2013, Pada pukul 9.00 malam di Gaza manakala pukul 2.00 pagi waktu Malaysia, telah berlaku serangan hendap daripada pihak tentera Israel dengan menggunakan jet F16 dan pesawat apache. Tentera Israel ini telah melakukan serangan bertubi-tubi dengan mengebom di wilayah. Wilayah yang telah menjadi mangsa serangan pengeboman mereka ialah di wilayah Gaza Utara, Gaza Timur dan Gaza Selatan.

Keadaan Gaza yang dimana pada malam itu tanpa bekalan eletrik, gelap gelita tanpa petrol dan diesel, memudahkan tentera Israel menyerang hendap bertubi-tubi. Sehingga kini, belum ada maklumat yang jelas terhadap tahap kerosakan, kecederaan dan kemalaangan jiwa. Khabar dari bumi gaza ini telah dibawakan oleh Dr. Syed Muhamad Haleem iaitu Pengerusi Biro Haluan Palestin, Haluan Malaysia.

Sehingga kini, pesawat jet tempur F16, pesawat apache serta pesawat drone kawalan jauh masih berterusan bernaharajalela di ruang angkasa Gaza. Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan bumi Gaza agar bebas daripada tentera Israel malah mendapat perlindungan daripada  Allah S.W.T. Aminn..



:: ROSNANI ::




PUISI CINTA

Senyumanmu,
Lembut bagaikan bayu yang bertiup,
Selalu menyejukkan hati ,tiap mata yang memandangmu,
Raut Wajahmu menenangkan jiwa dan menjadikan aku selalu rindu .

Nafasku,
Bagaikan berhenti berdenyut,
Setiap kali aku terpandang matamu yang redup,
Tatkala aku bertemu denganmu, pasti aku tidak dapat berbicara lama denganmu,
Kerana jiwaku bagaikan terkena panahan cinta.

Kehadiranmu mulai mewarnai hidupku,
Perasaanku ditumbuhi jalur-jalur semangat,
Hatiku yang dahulunya keras bagaikan batu kini bertukar lembut umpama baldu,
Siulan burung-burung dan rama-rama yang berterbangan saban hari,
Seolah-olah bersetuju menyatukan kita.

Namun,
Dikala aku berasa bahawa dunia milik kita berdua,
Kadangkala aku sedih juga,
Kerana,
Kau telah berpunya dan kita tidak mungkin dapat bersama.


:: ROSNANI::




Isnin, 18 November 2013

KL Gangster 2 (Review Filem)

                Sebuah lagi karya agung Syamsul Yusof berjaya dihasilkan iaitu KL Gangster 2, hasil daripada sambungan  filemnya yang menjadi kegilaan ramai pada tahun lepas iaitu KL Gangter 1. KL Gangster pada asasnya adalah berkisarkan kisah kekeluargaan dan dunia kongsi gelap. KL Gangster 2 pula menceritakan bagaimana sebuah empayar kongsi gelap yang telah wujud dan diceritakan di dalam KL Gangster 1 terbina. Malek (Aaron Aziz), dan juga adiknya iaitu Jai (Adi Putra) secara tidak langsung terjebak di dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka lebih kurang 10 tahun lalu. Kehidupan keluarga mereka teramat sukar selepas kematian ayah mereka. Hutang yang dipinjam dan belum dilangsaikan arwah ayahnya menjadi titik hitam kepada mereka sekeluarga.


Bencinta (Review Filem)

                Bencinta, mengisahkan cerita di mana misteri di sebalik kebahagiaan pasangan yang romantik antara Fatia yang dilakonkan oleh Nora Danish dan juga Faizal, watak yang dibawa oleh Farid Kamil. Fatia adalah seorang gadis yang cantik dan manis yang begitu mengutamakan personaliti dirinya. Beliau bekerja sebagai seorang chef di restoran milik kawannya.



                Fatia dilamar oleh Faizal sewaktu Fatia bekerja di kafe milik kawannya tersebut. Faizal digambarkan sebagai seorang lelaki yang kaya dan juga mempunyai rupa paras yang menawan. Sifat Faizal yang baik hati dan bersopan santun menarik hati Fatia, apatah lagi ketika restoran milik rakan Fatia mengalami masalah apabila ada pelanggan yang mengadu dan membuat kacau bilau mengatakan makanan yang dipesannya mempunyai masalah.

                Cara Faizal mengatasi masalah tersebut memikat hati Fatia. Faizal melamar Fatia selepas beberapa hari mereka berkenalan dan Fatia menerimanya. Di awal perkahwinan mereka sehinggalah kelahiran anak perempuan tunggal mereka iaitu Tiara, hubungan keluarga mereka tersangat bahagia. Cinta antara Fatia dengan Faizal semakin sempurna selepas kelahiran puteri mereka ini.

Lagenda Budak Setan 2 (Review Filem)

                Lagenda Budak Setan 2, sambungan daripada Lagenda Budak Setan yang diadaptasi daripada sebuah novel. Kematian Ayu telah berlalu lebih 6 bulan, namun Kasyah masih lagi bermurung atas kehilangan isterinya. Namun, Ayu meninggalkan kenangan dan juga permata indah cintanya bersama Kasyah dengan...

Khamis, 14 November 2013

UMS UNGGUL DI PECIPTA 2013


PECIPTA-2013

KHAMIS, 14 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya merangkul lima pingat emas, lima perak dan lima gangsa selain pencapaian dua anugerah khas dan dua sijil dalam penyertaan Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2013 baru-baru ini.

Rabu, 13 November 2013

~~ Rompakan AmBank ~~


AHAD 10 NOVEMBER 2013 : Negara kita Malaysia dikejutkan dengan penerimaan khabar berita iaitu keluarga arwah Puan Norazita Abu Talib, 37 tahun mendapat sinar baharu dan berpuas hati, selepas penangkapan pengawal keselamatan yang bertanggungjawab dalam rompakan dan pembunuhan di AMBANK cawangan Subang Jaya pada 23 Oktober lepas  setelah hampir tiga minggu tragedi hitam tersebut berlaku.

            Perkara ini telah mendapat kesahihan daripada Tan Sri Khalid Abu Bakar iaitu Ketua Polis Negara melalui laman Twitter beliau. Beliau mengucapakan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu. Ini membuktikan lagi tentang penangkapan suspek tersebut semalam.

Ahad, 10 November 2013

~~Balada Pencinta~~


FILEM BALADA PENCINTA


      Balada Pencinta merupakan satu filem yang memaparkan kisah sebuah cinta yang bersulamkan kisah suka dan duka yang dialami oleh seorang pemuzik jalanan. Saya telah menonton Filem Balada Pencinta yang dilakonkan oleh Johan Asa’ari dan Siti Saleha. Bagi diri saya filem ini memberikan banyak pengajaran dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Filem Balada Pencinta dibawah arahan Khir Rahman yang juga merupakan seorang pelakon berbakat besar dalam industri perfileman tanah air.

KARNIVAL WAJA DIRI TERTUTUP UMS



  • Isnin, 11 November : Pada 16-17 November ini , UMS di bawah Pusat Sukan akan menganjurkan sebuah karnival Waja Diri Tertutup yang akan dilakukan di Dewan Taekwondo dan Dewan Serbaguna UMS. Karnival Waja Diri ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat mahasiswa/sisiwi yang yang berbakat dalam sukan seni pertahankan diri.

    Antara yang dipertandingkan dalam Karnival Waja Diri ini antaranya Taekwondo, Pencak Silat, Wushu dan Karate. Karnival Waja Diri ini juga sebenarnya sebagai langkah untuk mencari atlit untuk sebagai pelapis bagi wakil UMS seterusnya.

    Pusat Sukan juga ingin mempersiapkan atlit dalam persediaan menghadapi Sukan IPT (SUKipt) pada bulan Februari nanti. Sehubungan dengan itu , kepada mereka yang berminat dan ingin menjadi wakil dalam seni mempertahankan diri bolehlah datang terus ke pejabat Pusat Sukan UMS yang terletak di Kompleks Sukan UMS.
    untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi :
    En. Edi Jamilih : 0143298781
    En. Charles : 0168396031

    Disediakan oleh : Shahril Bin Abd Latief

Pilihan Raya Kampus Sesi 2013/2014

JUMAAT, 01 NOVEMBER 2013 –  Pilihan Raya Kampus (UMS) telah berjalan dengan lancar sama ada di kampus induk  (UMSKK), Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Sekolah Pertanian Lestari (SPL) tanpa sebarang gangguan ataupun kekecohan. 
Pengundian bermula seawal 8.05 pagi sehingga 5.05 petang. Menyaksikan pertembungan 20 muka baru yang berjuang untuk mendapatkan 10 kerusi yang dipertandingkan sebagai calon umum. Pengundian ini Merangkumi 7 kerusi di UMSKK 2 kerusi UMSKAL dan satu kerusi untuk SPL.

                               prk
Pelajar tahun ke-3 Program Kusahawanan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) iaitu saudari Nurafizah Ahmad Marif mengungguli calon umum yang lain dengan undian sebanyak 2150 undi. Diikuti dengan Saripuddin Mappiasi (1946), Shelly Arba’ani (1695), dan Wong Tyan Tzu (1692). 

Insidious : Chapter 2 (Review Filem)

 JUMAAT 18 OKTOBER 2013 : James Wan, nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni terutamanya dalam bidang pembikinan filem Hollywood. Insidious : Chapter 2, satu lagi karya beliau yang amat memuaskan hati ramai peminat filem seram. Di dalam filem Insidious : Chapter 2 ini, James Wan meminimumkan penggunaan pelakon namun memaksimumkan teka-teki yang mampu membuatkan penonton teruja dengan tiap babak di dalam filem ini. Bagi pandangan saya, Insidious : Chapter 2 sememangnya sebuah filem seram yang setanding dengan filem-filem seram yang pernah menjadi “Box Office” dalam beberapa tahun sebelum ini.



 

Blogger news

Blogroll