Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 18 November 2013

Lagenda Budak Setan 2 (Review Filem)

                Lagenda Budak Setan 2, sambungan daripada Lagenda Budak Setan yang diadaptasi daripada sebuah novel. Kematian Ayu telah berlalu lebih 6 bulan, namun Kasyah masih lagi bermurung atas kehilangan isterinya. Namun, Ayu meninggalkan kenangan dan juga permata indah cintanya bersama Kasyah dengan...
kelahiran puteri tunggal mereka iaitu Athirah. Katerina juga semakin pulih dan membina kekuatan untuk bertemu dengan Kasyah. Katerina mengagumi Kasyah, kerana Kasyah digambarkan seorang lelaki yang tenang dan juga tanah walaupun telah kehilangan isteri yang amat disayanginya.



                Tanpa diduga, rasa cinta di antara Kate dan Kasyah semakin mendalam. Mereka sentiasa dilihat keluar bersama dan hubungan antara Kate dan Kasyah juga semakin mesra. Kate mengajak Kasyah untuk berjumpa dengan orang tuanya untuk berbincang soal pertunangannya dengan Kasyah, namun ibunya menghalang niat suci mereka. Ibu Kate iaitu Sofea menyalahkan Kasyah atas kemurungan yang dihadapi oleh Kate sehinggakan Kate hampir membunuh diri atas kekecewaannya selepas Kasyah dan juga Ayu bernikah.

                Namun atas dasar cinta mereka yang mendalam, Kate bertegas juga ingin meneruskan hubungannya bersama dengan kekasihnya iaitu Kasyah. Akhirnya kedua orang tuanya mempersetujui niat mereka, namun terdapat niat jahat di dalam hati ayah Kate.  Pada masa yang sama juga, Hisyam iaitu kekasih lama Kate muncul semula menagih cinta daripada Kate. Kasyah diterima kerja di syarikat rakan kepada ayah Kate, dan Kate pula terpaksa untuk mengurus perniagaan keluarga mereka di Afrika Selatan.

                Ketika inilah ayah Kate memasang perangkap untuk mengenakan Kasyah. Zahirah yang diupah untuk menggoda Kasyah sehinggalah dilihat oleh Firdaus. Kate amat terkejut apabila berita ini disampaikan kepadanya. Kate bertegas untuk memutuskan pertunangan walaupun Kasyah cuba untuk menenangkan keadaan dan menceritakan keadaan yang sebenar kepada Kate. Kate akhirnya mengahwini Hisyam, namun ada perjanjian antara mereka iaitu Hisyam tak boleh menyentuh dirinya.  Kate mengetahui kisah sebenar antara Kasyah dan juga Zahirah selepas bertemu dengan Zahirah secara kebetulan. Akhirnya Kate memutuskan untuk berpisah dengan Hisyam.

                Abang kepada Kasyah meninggal dunia akibat daripada kemalangan selepas bertengkar dengan Kasyah, dan anak Kasyah dan juga Ayu meninggal dunia. Kasyah menjadi semakin murung dan juga sedih. Namun, Tuhan itu tidak kejam. Kehilangan Athirah diganti pula dengan anak kepada abang Kasyah dan kehilangan Ayu yang menyedihkan Kasyah selama ini pula digantikan dengan kehadiran Kate. Kate berjanji untuk setia menemani Kasyah dan bersama-sama menjaga anak yang ditinggalkan oleh bekas kekasih abang kepada Kasyah bersama-sama dengan Kasyah. Permulaan cinta mereka berdua pun kembali tersemai di penghujung cerita ini.


                Sebagai kesimpulan daripada susulan cerita Lagenda Budak Setan 1 iaitu Lagenda Budak Setan 2 ini, kita haruslah mengambil iktibar bahawa takdir hidup kita adalah ketentuan Tuhan namun apa yang menjadikan takdir itu berlaku adalah apa yang kita usahakan dan laksanakan selama ini untuk mendapatkan hasilnya pada masa akan datang. Kita juga seharusnya tidak terburu-buru dalam mengambil sesuatu tindakan, sebaiknya kita teliti dan periksa agar ianya tak menjadi salah faham. Pelbagai lagi pengajaran di dalam filem yang menarik ini, tidak rugi rasanya andai kita luangkan untuk menghayati mesej yang disampaikan oleh penulis skrip di dalam filem ini.


::: HANIE :::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll