Dikuasakan oleh Blogger.

Sukan@UMS

SELASA, 07 JANUARI - Bahagian Industri Sukan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Kolej Kediaman Cemerlang Dinamik (CD) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Seminar Kerjaya dalam Industri Sukan baru-baru ini. Bertempat di Dewan Kuliah Perdana (DKP) 4, seminar itu turut mendapat sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah, Majlis Pengetua-pengetua Kolej Kediaman UMS (MAPEK) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS.
 
Sesi ceramah dimulakan dengan pengenalan terhadap industri sukan yang disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Industri Sukan KBS, Ibrahim Mohd Yusof. Pada sesi itu, para peserta didedahkan dengan statistik industri sukan dunia dan peluang-peluang kerjaya yang boleh diceburi pada masa akan datang.
 
Sesi kemudiannya diteruskan oleh Pakar Perunding Pemasaran Sukan, Zulkifli Shahari. Beliau yang juga bekas Penolong Pengurus Besar Pemasaran Sukan Telekom Malaysia Berhad turut berkongsi pengalaman berkenaan proses mendapatkan penajaan dan kehendak syarikat swasta dalam membuat keputusan berhubung penajaan dalam sukan.
 
Sesi terakhir dikendalikan oleh ikon perniagaan sukan, Muhamed Shafique Mohamad Iqbal. Beliau yang sedang membida hak milik pertandingan bot laju di Malaysia itu telah membicarakan peluang-peluang perniagaan dalam sukan.
 
Dalam pada itu, Pengetua Kolej CD, Dr. Mohamad Nizam Hj. Nazarudin berharap kursus tersebut menjadi platform pelajar mengetahui kerjaya dan potensi ke arah membangun dan memajukan industri sukan. Beliau yakin para peserta mampu memahami penerangan dan pengetahuan yang disampaikan khususnya berkaitan prospek kerjaya dalam sukan.
 
Majlis perasmian dan penutup disempurnakan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Haji Mohd Dahali Haji Matsin. Dalam ucapannya, beliau telah memberi beberapa penekanan terhadap peluang-peluang dalam industri sukan khususnya di Sabah.
 
Tambah beliau, pihaknya juga akan terus berkerjasama dengan Kolej CD UMS untuk menganjurkan kursus-kursus seumpama itu pada masa akan datang.  Datuk Haji Mohd Dahali turut menyampaikan sijil penyertaan kepada 110 peserta yang menyertai seminar tersebut. –SS

Bahagian Media,
Jabatan Canselori
 
Sumber: Kolej CD












ISNIN, 06 JANUARI - Ketua Menteri, merangkap Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Seri Musa Aman menyifatkan Program Senam Sihat yang dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini sebagai satu inovasi dalam usaha mengukuhkan silaturahim dan budaya muafakat dalam kalangan rakyat. 

Katanya, melalui inovasi tersebut, sambutan Maulidur Rasul yang dirayakan saban tahun tidak lagi hanya memfokuskan program keagamaan, malah merangkumi program kesihatan seperti senam sihat yang turut disertai pelbagai lapisan masyarakat.

"Kesihatan amat penting bukan sahaja dalam menjalankan ibadah tetapi juga menunaikan tanggungjawab dan kewajipan yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd. Arif pada Program Senam Sihat sempena sambutan Maulidur Rasul 1435H di Kompleks Sukan UMS. 

Terdahulu, Naib Canselor UMS berkata program tersebut amat bersesuaian untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar memandangkan UMS sedang berada dalam mode minggu peperiksaan.

“Kepada siswa-siswi UMS, di samping kesibukan menempuh peperiksaan akhir, jangan lupa kepada Yang Maha Esa. Pohonlah keberkatan untuk melapangkan fikiran dan ketenangan jiwa,” tambahnya.

Program Senam Sihat dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Bank Muamalat dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEP) UMS berjaya menghimpunkan 1435 peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UMS. –ZMD

Bahagian Media
Jabatan Canselori









THURSDAY, 02 JANUARY 2014 – The School of Education and Social Development (SPPS) and the School of Medicine (SPU) Universiti Malaysia Sabah (UMS) will be organising a record breaking feat called ‘Malaysia Longest Distance Running on a Treadmill by a Group 2014’ starting 20 January 2014.
The feat which is running on a treadmill for 264 hours will be undertaken on rotation by nine UMS athletes. They consist of eight male and one female athlete and will be held at 1Borneo hyper mall in Kota Kinabalu.
According to UMS Vice-Chancellor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, he believed that the programme was one way to increase one’s self-confidence to do something unanticipated.
Meanwhile, he also advised UMS community to continue with their efforts and to instil positive values in themselves by doing activities that were beneficial and would be an inspiration to others.
“I am proud of the efforts done by the two schools because we dare to take the risk to organise a programme to test the physical and mental strengths of the participants,” he added. He was speaking at the presentation of sponsorship for the programme.
Earlier, the Director of the programme, Laura Simon said, the university’s motto ‘Strive to Excel’ was the motivation for them to carve UMS’ name in the Malaysia Book of Records (MBoR) in 2014 as a birthday gift to UMS in conjunction with its 20th anniversary this year.
“To enlist our name in the Malaysia Book of Records 2014, we need to break the record which was set by Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan since 2012,” he said.
UiTM Samarahan held the record since 2012 when they erased the old record held by Universiti Malaya (UM) in 2011, with a new record of 120 hours run conducted over 5 days by 9 runners.
At the event, the ‘Malaysia Longest Distance Running on a Treadmill by a Group 2014’ received sponsorship from the Ministry of Youth and Sports, Sagajuta Sabah Sdn. Bhd., Adabi Sabah Sdn. Bhd., Number One Fashion & Tailoring Trading, Novotel Hotel, Avon Beauty Centre and Faiez Boutique and Printing.
In addition, Regal Marketing Trading, Celcom Axiata Berhad, Institut Memandu Winajasa, Universal Fitness Leisure, Sunto, Power Bar, Alam Medik, F&N Marketing and Sabah Souvenir Supplier were also among the 16 sponsors of the programme. – ZMD

Media Division
Chancellery Department






Isnin, 11 November 2013 : Pada 16-17 November ini , UMS di bawah Pusat Sukan akan menganjurkan sebuah karnival Waja Diri Tertutup yang akan dilakukan di Dewan Taekwondo dan Dewan Serbaguna UMS. Karnival Waja Diri ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat mahasiswa/sisiwi yang yang berbakat dalam sukan seni pertahankan diri.

Antara yang dipertandingkan dalam Karnival Waja Diri ini antaranya Taekwondo, Pencak Silat, Wushu dan Karate. Karnival Waja Diri ini juga sebenarnya sebagai langkah untuk mencari atlit untuk sebagai pelapis bagi wakil UMS seterusnya.

Pusat Sukan juga ingin mempersiapkan atlit dalam persediaan menghadapi Sukan IPT (SUKipt) pada bulan Februari nanti. Sehubungan dengan itu , kepada mereka yang berminat dan ingin menjadi wakil dalam seni mempertahankan diri bolehlah datang terus ke pejabat Pusat Sukan UMS yang terletak di Kompleks Sukan UMS.
untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi :
En. Edi Jamilih : 0143298781
En. Charles : 0168396031

Disediakan oleh : Shahril Bin Abd Latief

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll