KES ROMPAKAN AMBANK
AHAD 10 November 2013, Negara kita Malaysia dikejutkan dengan penerimaan khabar berita iaitu keluarga arwah Puan Norazita Abu Talib, 37 tahun mendapat sinar baharu dan berpuas hati, selepas penangkapan pengawal keselamatan yang bertanggungjawab dalam rompakan dan pembunuhan di AMBANK cawangan Subang Jaya pada 23 Oktober lepas setelah hampir tiga minggu tragedi hitam tersebut berlaku.
Perkara ini telah mendapat kesahihan daripada Tan Sri Khalid Abu Bakar iaitu Ketua Polis Negara melalui laman Twitter beliau. Beliau mengucapakan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu. Ini membuktikan lagi tentang penangkapan suspek tersebut semalam.
Selepas 19 hari bersembunyi di beberapa rumah dan bangunan kosong sekitar Johor, pegawal keselamatan tersebut berjaya ditangkap sebelum berjaya meloloskan diri ke Indonnesia. Suspek lelaki ini yang dipercayai menggunakan nama Ardi Hamza, dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia itu menaiki pengangkutan awam seperti teksi dan bas untuk keluar dari Lembah Klang ke Johor, selepas kejadian pada 23 Oktober lalu.
Lokasi persembunyian suspek tidak jauh dari perairan Johor yang diketahuinya ada beberapa laluan tikus yang digunakan sindiket untuk menyeludup keluar asing tanpa dokumen sah ke perairan Jawa Barat, Indonesia
Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, mangsa Norazita Abu Talib, maut ditembak oleh suspek semasa beliau membuka peti ais di dalam bilik kebal bank tersebut, beliau bersam-sama dengan seorang lagi pegawai wanita ditemani dengan suspek kejadian yang membunuh mangsa.
Mangsa seorang wanita yang telah berkerja selama 16 tahun di bank tersebut, meninggal di tempat kejadian susulan kecederaan yang parah di bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek pada 23 Oktober lepas. Suspek kemudian melarikan diri dengan sejumlah wang sebanyak RM 450, 000 dari bilik kebal itu.
Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut.Hal ini dinasihatkan agar orang ramai peka dengan keadaan sekeliling terutamanya golongan wanita.
:: ROSNANI ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan