View Gunung Kinabalu |
Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia,
terletak di utara pulau Borneo, dan merupakan pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi
kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer
dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur
laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah mendapat gelaran “Negeri Di
Bawah bayu” kerana bayu membawa maksud Angin, Sabah bukan sahaja kaya dengan
keindahan semulajadi tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduknya.
Sabah sangat kaya
dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan
kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah. Di negeri ini banyak
terdapat spesies anggerik atau orkid, periuk kera dan rhododendron iaitu
sejenis bunga yang didapati tumbuh di Sabah. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang
bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui
lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di
hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah
dengan ketinggian 4,101 meter. Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat
lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah,
pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung.
Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum.
Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan
lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek.
Berdasarkan kepada kajian arkeologi, Sabah telah diduduki
oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah
menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga
hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei. Orang-orang Eropah
datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British
membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah
ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881
hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran
akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila ia
mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah
bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.
:: ROSNANI::
Bilang nenek saya pernah dulu-dulu di Sabah jaat itu Belanda...
BalasPadam