Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 1 Disember 2013

Skuad Taekwondo UMS Menang Besar di Ranau

Ranau : Skuad Taekwondo UMS meraih kejuaraan terbesar di Kejohanan Taekwondo First Sabah Interclub setelah menggondol kesemua pingat emas dari 9 orang peserta dalam acara seni taekwondo atau lebih dikenali sebagai Poomsae. Manakala skuad sparring atau Kyurogi telah mendapat 6 gangsa dan 1 emas dari 9 orang peserta yang berlangsung dari 30 November hingga 1 Disember 2013. 

Skuad poomsae yang dibimbing oleh saudari Lee Min Hee yang juga merupakan jurulatih berasal dari Korea itu berkata, kejohanan ini bertujuan sebagai persediaan mereka ke kejohanan seterusnya sebelum temasya sukan besar seperti SUKIPT dan kejohanan Taekwondo Dunia di Pocheon, Korea. 

Skuad Kyorogi pula yang dibimbing oleh Master Barry Voon dan dibantu oleh Henry Roy berkata, walaupun gagal meraih kesemua emas dan hanya meraih 6 gangsa dan 1 emas dalam acara ini, tetapi mereka yakin atlet-atletnya akan melakukan kejutan yang lebih baik sekiranya di peringkat yang lebih tinggi. Skuad Taekwondo UMS pulang dengan meraih kemenangan terbesar bagi acara poomsae dan sampai ke UMS pada pukul 6 petang Ahad 1 Disember.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll