Kota Kinabalu : Nutrition and Fitness Club UMS kini menganjurkan satu program yang dikenali sebagai program Insanity. Program ini bertujuan untuk mewujudkan amalan gaya hidup sihat serta melahirkan mahasiswa serta persekitaran yang sihat dalam kalangan pelajar, pensyarah, antara staf dan kakitangan UMS.
Encik Nelmon yang merupakan kakitangan UMS di pejabat Bendahari Aras 2, Chanselori berkata, program ini terbuka kepada semua pelajar serta kakitangan UMS yang serius dalam mengamalkan gaya hidup sihat serta serius untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan dan juga latihan khusus kepada mereka yang ingin menambahkan berat badan.
Latihan Insanity ini berbentuk kardiovaskular yang kini semakin popular di Amerika Syarikat. Ia berbentuk pergerakan dinamik seperti berlari setempat, memaha, lompat bintang dan pelbagai lagi.
Latihan ini dijalankan di bawah Pusat Sukan UMS dari hari Isnin sehingga Jumaat pukul 5 petang hingga 7 malam.
Nutrition and Fitness Club berdasarkan makanan tambahan yang semakin popular masa kini iaitu Herbalife Aloe Vera. Makanan tambahan ini akan diberikan mengikut pakej dan kelab ini menyediakan beberapa pakej kepada yang berminat seperti pakej 1, RM42 untuk 5 hari, pakej 2 untuk RM140 untuk 10 hari dan pakej 3, RM360 untuk 30 hari.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Nelmon terus dengan nombor 0168117082 atau Hezrul dengan nombor 0168044469.
:: Ariel ::
:: Ariel ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan