Kuih Cincin merupakan
salah satu makanan yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Brunei di
Sabah. Masyarakat Brunei memanggil kuih ini sebagai Kuih Qin-Qin. Antara kaum
yang popular dengan hidangan ini ialahKuih ini sangat istimewa kerana diperbuat
daripada gula, gula nipah/gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula
Melaka.
Adunannya akan
dibentuk seperti bunga cincin sebelum dicelup dengan adunan tepung beras dan
digoreng. Ia kemudiannya akan dicelup dalam adunan tepung beras sekali lagi
sebelum digoreng kali kedua bagi menjadikannya rangup. Kuih ini sangat sesuai
dimakan ketika minum petang atau sarapan pagi. Masyarakat melayu Brunei memilih
hidangan ini untuk dihidangkan ketika majlis-majlis penting, seperti majlis
perkahwinan, kenduri doa selamat dan kenduri kematian ahli keluarga.
Kebiasaannya,
masyarakat melayu Brunei suka akan makanan ini kerana rasanya yang manis dan
sedap. kulitnya juga digoreng rangup dan garing. Kuih ini banyak dipasarkan di
Sabah dan menjadi salah satu pilihan makanan kesukaan masyarakat pelbagai kaum
di Sabah. Cubalah rasa kuih ini, pasti memberi kenikmatan dan kesukaan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan