Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 14 November 2013

UMS UNGGUL DI PECIPTA 2013


PECIPTA-2013

KHAMIS, 14 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya merangkul lima pingat emas, lima perak dan lima gangsa selain pencapaian dua anugerah khas dan dua sijil dalam penyertaan Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2013 baru-baru ini.


17 hasil penyelidikan yang dipertandingkan pada pameran tersebut membuatkan para penyelidik UMS telah merangkul pingat tersebut. Ekspo tersebut bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). 

Penyelidik yang telah menyumbangkan pingat emas ialah Prof. Madya Dr. Muhammad Iftikhar dengan mempamerkan penyelidikan Traditional Classifications System (TCS) for Fractures in Orthopaedics with Colour Coding dan Dr. Clarence M. Ongkudon dengan tajuk penyelidikan Monolithic Chromatography Adsorbent for Biomolecules Purification.  Kedua-dua penyelidikan yang dihasilkan itu juga masing-masing berjaya meraih Anugerah Khas Korea Special Award dan Minds Special Award.

Penyelidik yang lain adalah Prof. Madya Dr. Chye Fook Yee dengan tajuk  penyelidikan D-Jus, an Instant Dehydrated Probiotics Juice; Prof. Madya Dr. Maher Fouad Sefein dengan tajuk Clip Methodology: Bridging The Brain with the Body for Brilliant Innovations (Creative Workstation, Learned Skills, Innovation) dan Wilson Yong Thau Lym dengan inovasinya yang bertajuk Euche-Reactor. Kesemua mereka telah merangkul pingat emas.

Dalam 5 pingat perak pula, dua pingat telah dirangkul melalui Dr. Kenneth Francis Rodrigues, dan selebihnya disumbangkan oleh Ag. Ahmad Mohd. Yunus, Dr. Pushpa M. Palaniappan dan Siti Faridah Mohd. Amin.

Empat penyelidik UMS turut menyumbang lima gangsa melalui hasil penyelidikan yang dipertandingkan. Mereka ialah Chua Bih Lii, Dr. Lu Maw Win dan Mansoor Abdul Hamid. Dua pingat gangsa yang lain diperoleh melalui inovasi bertajuk Portable Solar Harvester (SOHA) dan Intelligent Online Traffic Optimiser (IOTO) yang dihasilkan oleh Kenneth Teo Tze Kin.
Dua sijil turut diperoleh melalui kajian yang masing-masing dihasilkan oleh  Prof. Madya Dr. Muhammad Iftikhar dan Ag. Ahmad Mohd Yunus.

PECIPTA 2013 yang berlangsung selama tiga hari itu juga menyaksikan gerai pameran penyelidikan UMS meraih anugerah Most Vibrant Booth.

:: Fariest ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll