Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 10 Disember 2013

SABAH DI BAWAH BAYU


View Gunung Kinabalu

Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, dan merupakan pulau  ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah mendapat gelaran “Negeri Di Bawah bayu” kerana bayu membawa maksud Angin, Sabah bukan sahaja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduknya.

Sabah sangat  kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah. Di negeri ini banyak terdapat spesies anggerik atau orkid, periuk kera dan rhododendron iaitu sejenis bunga yang didapati tumbuh di Sabah. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter. Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung.

Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek.
 Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.

Berdasarkan kepada kajian arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.

:: ROSNANI::

KUIH QIN-QIN





Kuih Cincin merupakan salah satu makanan yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Brunei di Sabah. Masyarakat Brunei memanggil kuih ini sebagai Kuih Qin-Qin. Antara kaum yang popular dengan hidangan ini ialahKuih ini sangat istimewa kerana diperbuat daripada gula, gula nipah/gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka. 

Adunannya akan dibentuk seperti bunga cincin sebelum dicelup dengan adunan tepung beras dan digoreng. Ia kemudiannya akan dicelup dalam adunan tepung beras sekali lagi sebelum digoreng kali kedua bagi menjadikannya rangup. Kuih ini sangat sesuai dimakan ketika minum petang atau sarapan pagi. Masyarakat melayu Brunei memilih hidangan ini untuk dihidangkan ketika majlis-majlis penting, seperti majlis perkahwinan, kenduri doa selamat dan kenduri kematian ahli keluarga.

Kebiasaannya, masyarakat melayu Brunei suka akan makanan ini kerana rasanya yang manis dan sedap. kulitnya juga digoreng rangup dan garing. Kuih ini banyak dipasarkan di Sabah dan menjadi salah satu pilihan makanan kesukaan masyarakat pelbagai kaum di Sabah. Cubalah rasa kuih ini, pasti memberi kenikmatan dan kesukaan anda.


 :: ROSNANI ::




Isnin, 2 Disember 2013

BINTANG FILEM “FAST AND FURIOUS” - PAUL WALKER MENINGGAL SECARA IRONI


Paul Walker
Los Angeles : Paul Walker merupakan seorang bintang Hollywood yang tidak asing lagi di dunia Hollywood. Bintang yang baharu berusia 40 tahun itu bercadang untuk menghadiri satu majlis amal. Ketika dalam perjalanan menuju ke majlis tersebut, beliau menaiki Porsche merah dan terbabas sehingga melanggar tiang lampu di pinggir jalan lalu terbakar.

Ahad, 1 Disember 2013

Jom Sihat bersama Proram Insanity

Kota Kinabalu : Nutrition and Fitness Club UMS kini menganjurkan satu program yang dikenali sebagai program Insanity. Program ini bertujuan untuk mewujudkan amalan gaya hidup sihat serta melahirkan mahasiswa serta persekitaran yang sihat dalam kalangan pelajar, pensyarah, antara staf dan kakitangan UMS. 

Encik Nelmon yang merupakan kakitangan UMS di pejabat Bendahari Aras 2, Chanselori berkata, program ini terbuka kepada semua pelajar serta kakitangan UMS yang serius dalam mengamalkan gaya hidup sihat serta serius untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan dan juga latihan khusus kepada mereka yang ingin menambahkan berat badan. Latihan Insanity ini berbentuk kardiovaskular yang kini semakin popular di Amerika Syarikat. Ia berbentuk pergerakan dinamik seperti berlari setempat, memaha, lompat bintang dan pelbagai lagi. 

Latihan ini dijalankan di bawah Pusat Sukan UMS dari hari Isnin sehingga Jumaat pukul 5 petang hingga 7 malam. Nutrition and Fitness Club berdasarkan makanan tambahan yang semakin popular masa kini iaitu Herbalife Aloe Vera. Makanan tambahan ini akan diberikan mengikut pakej dan kelab ini menyediakan beberapa pakej kepada yang berminat seperti pakej 1, RM42 untuk 5 hari, pakej 2 untuk RM140 untuk 10 hari dan pakej 3, RM360 untuk 30 hari. Mereka yang berminat boleh menghubungi Nelmon terus dengan nombor 0168117082 atau Hezrul dengan nombor 0168044469.

:: Ariel ::

Skuad Taekwondo UMS Menang Besar di Ranau

Ranau : Skuad Taekwondo UMS meraih kejuaraan terbesar di Kejohanan Taekwondo First Sabah Interclub setelah menggondol kesemua pingat emas dari 9 orang peserta dalam acara seni taekwondo atau lebih dikenali sebagai Poomsae. Manakala skuad sparring atau Kyurogi telah mendapat 6 gangsa dan 1 emas dari 9 orang peserta yang berlangsung dari 30 November hingga 1 Disember 2013. 

Skuad poomsae yang dibimbing oleh saudari Lee Min Hee yang juga merupakan jurulatih berasal dari Korea itu berkata, kejohanan ini bertujuan sebagai persediaan mereka ke kejohanan seterusnya sebelum temasya sukan besar seperti SUKIPT dan kejohanan Taekwondo Dunia di Pocheon, Korea. 

Skuad Kyorogi pula yang dibimbing oleh Master Barry Voon dan dibantu oleh Henry Roy berkata, walaupun gagal meraih kesemua emas dan hanya meraih 6 gangsa dan 1 emas dalam acara ini, tetapi mereka yakin atlet-atletnya akan melakukan kejutan yang lebih baik sekiranya di peringkat yang lebih tinggi. Skuad Taekwondo UMS pulang dengan meraih kemenangan terbesar bagi acara poomsae dan sampai ke UMS pada pukul 6 petang Ahad 1 Disember.

Liga Bola Sepak Antara Kolej Kediaman Sudah Bermula

Kota Kinabalu : Pusat Sukan UMS di bawah pengelolaan En Rainol Masat telah menganjurkan sebuah pertandingan bola sepak yang bersistemkan liga. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar UMS yang berminat untuk mengambil bahagian dalam menambahkan lagi daya saing serta semangat perpaduan dalam kalangan pasukan. 

“Pertandingan ini berdasarkan sistem liga serta berkonsepkan antara kolej-kolej kediaman yang ada dalam universiti ini,” katanya lagi selepas menjalani latihan bola sepak di stadium UMS. Pertandingan ini boleh disertai oleh beberapa kumpulan dari kolej kediaman AB, CD, kolej kediaman E, Indah Permai, Kingfisher mahupun kolej kediaman Sri Angkasa. Setiap perlawanan akan berlangsung setiap hari Isnin dan Khamis di padang turf kompleks sukan UMS. Rainol Masat berkata lagi, Penganjuran liga bola sepak antara kolej kediaman ini diharap dapat mencungkil bakat-bakat baru serta menambahkan lagi mutu bola sepak UMS.

-Shahril-
 

Blogger news

Blogroll